Tuesday, February 1, 2011

aku nak cite.. tapi aku xreti.. copy n paste aje laa... Pasal rogol...

APA ITU ROGOL?

Rogol berlaku apabila seseorang itu dipaksa melakukan perhubungan seks. Paksaan
adalah melalui kekerasan fizikal, mengugut, menakutkan mangsa. Rogol termasuk
dalam paksaan melakukan hubungan seks antara suami isteri dan pasangan kekasih.

Definasi undang-undang

Seksyen 375 Kanun Keseksaan mendefinasikan rogol seperti berikut:-

“Seorang lelaki dikatakan melakukan rogol jika ia, melainkan dalam hal yang
dikecualikan kemudian daripada ini, bersetubuh dengan seseorang perempuan dalam
keadaan-keadaan yang termasuk ke dalam mana-mana perihal yang berikut:-

Pertama: Bertentangan dengan kemahuan perempuan itu

Kedua : Tanpa kerelaan perempuan itu

Ketiga: Dengan kerelaan perempuan itu padahal kerelaan itu telah
diperolehi dengan mendatangkan kepada perempuan itu atau mana-mana orang
ketakutan mati atau cedera, atau telah diperolehi melalui salah tanggapan fakta
dan lelai itu tahu atau ada sebab untuk mempercayai bahawa kerelaan itu telah
diberi akibat dari salah tanggapan tersebutz

Keempat: Dengan kerelaan perempuan itu padahal lelaki itu mengetahui
bahawa ia bukan suami perempuan itu dan kerelaan itu diberi kerana perempuan itu
percaya bahawa lelaki itu ialah lelaki yang menjadi atau yang ia percaya menjadi
suaminya yang sah di sisi undang-undang atau yang kepadanya ia akan memberi
kerelaan

Kelima: Dengan kerelaannya, jika pada masa memberi kerelaan itu dia
tidak boleh memahami jenis dan akibat mengenai apa yang dia memberi kerelaan

Keenam: Sama ada dengan atau tanpa kerelaan perempuan itu jika perempuan
itu dibawah umur enam belas tahun



APA ITU MENCABUL KEHORMATAN?
Mencabul Kehormatan diri adalah salah satu aktiviti seksual yang dipaksa ke atas
mangsa. Ini adalah salah dari segi undang-undang jika sesorang itu tidak mahu
melakukannya. Contoh mencabuli kehormatan adalah seperti meraba, memegang,
memasukkan objek kedalam kemaluan.

SIAPAKAH MANGSA JENAYAH SEKS?
Mangsa tidak mengenal bangsa, agama dan umur. Golongan mangsa yang paling ramai
adalah kanak-kanak.

BAGAIMANA RUPA BENTUK PEROGOL/PENJENAYAH SEKS?

Sesiapa boleh menjadi perogol. Kebanyakkan perogol adalah kenalan mangsa; jiran,
teman lelaki, rakan, malah juga ahli keluarga. Kebanyakkan perogol tidak nampak
atau bekelakuan ganjil/gila/menakutkan.

Ramai yang beranggapan bahawa kebanyakkan perogol adalah orang yang tidak
dikenali oleh mangsa tetapi kajian dan statistik menunjukkan kebanyakkan kes
rogol, mangsa mengenali perogol.

SIAPA YANG PATUT DIPERSALAHKAN DALAM KES ROGOL?

Ini BUKAN SALAH mangsa rogol. Mangsa rogol TIDAK BOLEH dipersalahkan, tidak kira
jika mangsa berpakaian seksi atau tempat yang dikunjunginya. Hanya
perogol/pencabul kehormatan yang harus DIPERSALAHKAN! Perogol yang membuat
pilihan untuk mencabuli hak seseorang.

APA YANG PATUT SAYA LAKUKAN JIKA SAYA DIROGOL?
Berjumpa dengan doktor
JANGAN mandi dan mencuci baju anda. Pergi ke hospital untuk mendapatkan
pemeriksaan doktor. Pemeriksaan ini adalah intuk mendapatkan bukti-bukti.
Bukti-bukti dibadan boleh diambil dalam masa 72 jam.

One stop crisis centre (Pusat Khidmat Sehenti) ditubuhkan untuk memberi
perkhidmatan segera kepada mangsa-mangsa rogol. Doktor dan jururawat telah
dilatih untuk mengendali mangsa-mangsa rogol.

Membuat laporan polis
Berjumpa dan bercakap dengan kaunselor supaya anda tidak memendam perasaan dan
mengakibatkan tekanan perasaan
Rogol adalah satu pengalaman yang sukar. Selepas mangsa dirogol/dicabuli, mangsa
akan merasa marah, menyalahkan diri sendiri, sedih, takut dan malu. Perasaan ini
adalah normal. Ia akan menolong mangsa jika mangsa bercakap dengan seseorang,
berjumpa kaunselor or menelifon talian bantuan.

Memberitahu ahli keluarga/ rakan/ dll untuk mendapatkan sokongan
TIADA MANGSA YANG MAHU MENJADI MANGSA – JANGAN SALAHKAN DIRI ANDA

FAKTA- FAKTA TENTANG ROGOL
Sesiapa saja boleh dirogol. Mangsa-mangsa termasuk wanita, kanak-kanak
perempuan/lelaki, bayi, nenek dan remaja.
Rogol satu unsur keganasan yang melampau. Perogol biasanya orang yang lemah dan
dengan cara merogol peerogol merasakan dia mempunyai kuasa ke atas mangsanya.
Mangsa rogol tidak patut dipersalahkan. Tiada siapa yang mahu kehormatannya
dicabuli.
Kebanyakkan perogol tidak mengunakan senjata untuk merogol mangsanya. Ugutan,
paksaan fizikal dan emosi adalah cara yang selalu digunakan oleh perogol ke atas
mangsa.
Jika anda berkata TIDAK dan seseorang memaksa anda melakukan hubungan seks, itu
adalah ROGOL.
Kebiasaannya perogol merancang untuk merogol mangsa.
Rogol adalah SALAH dari sisi agama, moral dan undang-undang.

Sumber daripada Polis Di Raja Malaysia
Kebanyakan mangsa rogol tidak melaporkan rogol kerana
mangsa merasa malu dan hina
masyarakat sekeliling memandang serong dan menyalahkan mangsa
tidak sanggup untuk melalui prosedur untuk mendapatkan keadilan kerana mengambil
masa yang lama
takut perkara itu mendapat publisiti media massa
tidak mahu memalukan ahli keluarga


Bagaimana untuk mengelak daripada menjadi mangsa rogol?

Tempat Sunyi
Elak daripada berjalan seorang di tempat sunyi seperti tempat meletak kereta.
Berjalan dengan pantas dan pastikan anda tidak diekori. Semasa menuju ketempat
meletak kereta, keluarkan kunci kereta dan selitkan di antara jari supaya anda
bersedia jika anda di serang, anda boleh menggunakan sebagai senjata. Memilih
jalan yang selamat walaupun jauh.

Keluar temu-janji
Elak daripada berjumpa di tempat yang membahayakan diri anda. Lebih selamat jika
berjumpa di tempat orang ramai. Jika anda menumpang kereta, pastikan melalui
jalan yang banyak kenderaan lalu

Alat keselamatan
Bawa alat tiup untuk mendapatkan perhatian orang ramai jika anda diserang.
Minyak wangi juga boleh digunakan untuk menyelamatkan diri daripada penyerang
dengan menyemburkan ke arah muka penyerang.

Seni mempertahankan diri
Belajar untuk mempertahankan diri. Ia amat berguna jika anda tahu untuk
mempertahankan diri anda daripada serangan

Hukuman
Sesiapa yang disabit kesalahan merogol akan dihukum menurut seksyen 376 Kanun
Keseksaan dan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang dari lima tahun dan
tidak lebih dari 20 tahun. Selain itu, pesalah itu hendaklah juga dikenakan
hukuman sebat.

KES MANGSA ROGOL, LIWAT DAN BUNUH

KES 1 : SITI NADIRA BUDAH

Selepas pulang dari kelas agama pada 7 Julai 2001, mangsa yang baru berusia 5
tahun telah dibunuh dengan kejam dan dibenamkan ke dalam lumpur di sebuah
kawasan paya.

Mangsa yang ditemui dalam keadaan separuh bogel ini dipercayai turut dicabul
setelah didukung ke kawasan yang terletak kira-kira 500 meter dari Kampung
Sebuga Besar, Sandakan sebelum dibunuh.

Berikutan kejadian ini, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dikenali
mangsa dan ahli keluarga telah ditahan kerana disyaki terlibat dalam kejadian
tersebut.

KES 2 : NURUL HANIS KAMIL
Malang tidak berbau bagi pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Datuk Abdul
Rahman Yaakub, Jasin, Melaka apabila basikalnya rosak semasa pulang dari sekolah
pada 3 Julai 2001.

Mayat mangsa yang dijumpai di dalam semak kira-kira 150 meter dari rumahnya itu
disahkan telah dirogol dan diliwat sebelum dibunuh.

Berdasarkan penyiasatan pihak polis, seorang remaja lelaki yang berusia 17 dari
sekolah yang sama telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Pelajar yang pernah menjalani pemulihan akhlak ini sedang di dalam proses untuk
didakwa di mahkamah.

KES 3 : FARAH DEEBA RUSTAM
Pelajar tingkatan lima di Sekolah Menengah Buyong Adil, Tapah, Perak ini tidak
pulang-pulang ke rumah selepas keluar ke kedai bersama rakannya.

Mayatnya dijumpai pada 3 Februari 2001 dalam keadaan separuh bogel di dalam
longkang besar dan disahkan dirogol dan diliwat sebelum dibunuh dengan kejam.

Walaupun pihak polis telah berjaya mengesan remaja yang disyaki melakukan
perbuatan tersebut, namun sehingga kini, tiada sebarang tangkapan dan dakwaan
dibuat.

KES 4 : RAFAEZAH RAZALI
Pelajar tingkatan tiga di Sekolah Menengah Lurah Bilut ini hilang selepas pulang
dari Kuala Lumpur bersama guru dan rakan-rakan pada 25 Februari 2001.

Mayatnya hanya dijumpai pada keesokan hari di dalam kebun getah yang terletak
hanya 100 meter dari kedai kopi di Kampung Lebu, Bentong.

Dia dipercayai dirogol sebelum dicekik sehingga mati oleh seorang penganggur
berusia 24 tahun.

Lelaki berkenaan telah pun didakwa di Mahkamah Majistret Bentong di bawah
Seksyen 302 Kanun Keseksaan mulai Mei lalu.

KES 5 : NORSHUHADA BURAK
Belum sempat menjejakkan kaki ke sekolah rendah, mayat kanak-kanak berusia 6
tahun ini ditemui di dalam tangki air di atas loteng rumah bandaran tiga tingkat
di Selayang Baru, Gombak pada 21 Oktober 2000.

Mayat yang dalam keadaan separuh bogel dengan mulut disumbat dengan seluar
dalamnya sendiri disahkan telah dirogol sebelum dihumban ke dalam tangki air.

Dengan bukti yang kukuh, seorang remaja lelaki berusia 12 tahun telah ditahan
dan didakwa di bawah Seksyen 16 Akta Mahkamah Juvana 1947 di Mahkamah Tinggi
Shah Alam.

Murid yang sepatutnya berada di tahun enam serta dikenali oleh mangsa ini telah
mengaku bersalah ke atas pertuduhan tersebut.

KES 5 : AUDREY MELISSA PATINNATHAN
Keadaan kecoh seketika apabila mayat pelajar tingkatan lima di Sekolah Perempuan
Methodist, Kuala Lumpur dijumpai dekat sebuah pencawang elektrik berhampiran
Jalan Cenderasari, Kuala Lumpur pada 18 Mei 1999.

Mangsa disahkan dirogol dan diketuk dengan benda berat sebelum dijerut sehingga
mati semasa dalam perjalanan ke sekolah.

Walau pelbagai usaha dilakukan, sehingga kini, perogol dan pembunuhnya masih
bebas.

KES 6 : NOOR SUZAILY MUKHTAR
Seluruh negara gempar apabila mayat jurutera yang berusia 24 tahun ini dijumpai
di pembahagi jalan dalam keadaan bogel di kawasan projek perumahan Taman Bukit
Tinggi, Klang pada 7 Oktober 2000.

Noor Suzaily disahkan dirogol dan diliwat sebelum dibunuh semasa menaiki bas
untuk melaporkan diri ke tempat kerja di Klang.

Berikutan itu, seorang pemandu bas, Hanafi Mat Hassan telah di tahan dan kini
sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan merogol dan
membunuh.


Diambil dari harakahdaily msg..

6 comments:

En.Perghh said...

da copy n paste baru pasan ade banyak typo... Paham2 sindrik laa ek... sori..

Izzat said...

ko punya post kali ni memang perghh.

Tuan Din said...

Perghhh Complete... terbaik bro...

En.Perghh said...

Izzat - tq2..

Tuan Din - Orang ramai xsedar yang dorang da termasuk dalam akta ni... tu yang nak point out tu..

syg yatt said...

byk kes jd 1999-2001..
urmm mcm jd trend plak..
kcian kt mangsa yg xbsalah.. =(

i am S!L4H.. said...

perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh utk entri ni......
hahahaha

Sila rate post ini!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...