Wednesday, December 22, 2010

Serba Sedikit Tentang Negeri Sembilan yg patut diketahui oleh waris dan patut dipelajari oleh orang luar.

Berkatlah Yang Dipertuan Besar
Di Negeri Sembilan
Kurniai sihat dan makmur
Kasihi rakyat lanjutkan umur
Akan berkati sekelian yang sedia
Musuhnya habis binasa
Berkatlah Yang Dipertuan Besar di Negeri Sembilan

Lagu yang akan berkumandang tiap2 pagi kat perhimpuanan sekolah. Lagu rasmi Negeri Sembilan. Hari ni kite blaja sejarah Negeri Sembilan. Negeri Sembilan secara asasnya diberi nama pada abad ke-16 untuk merujuk kepada persekutuan negeri-negeri yang telah dibuka oleh orang Minangkabau di Semenanjung Tanah Melayu . Orang Minang berhijrah dan kemudian menetap kat Negeri Sembilan. Dah menetap tu mesti la nak beranak pinak. Golongan Minang yang terawal tiba dan berkahwin dengan orang asli menamakan susur galur @ keturunan mereka bergelar suku Biduanda. Suku yang dipandang untuk menjadi Penghulu@Undang bagi luak masing2.

Luak@Daerah yang ori ade 9 iaitu Jelai@Inas(kini dibawah Negeri Pahang), Jelebu,Johol,Kelang (skrng bwh Selangor), Naning (skng bwh Melaka), Rembau, Segamat(skang bawah Johor) dan Pasir Besar@Tampin, Sungai Ujong, Alu Panah (skang terbahagi antara Jelebu ngan Pahang). Tiap2 luak ade Dato' Undang@Penghulu masing2. Piramid pemerintahan pulak ade Yang Dipertuan Besar,Undang,Lembaga,Buapak,Suku..

Suku@Anak buah kalau xsilap ade 12.. list die camni mengikut pangkat@darjat..
(1.) Suku Biduanda/Waris
(2.) Suku Batu Hampar
(3.) Suku Paya Kumbuh
(4.) Suku Mungkal
(5.) Suku Tiga Nenek
(6.) Suku Seri Melenggang
(7.) Suku Seri Lemak
(8.) Suku Batu Belang
(9.) Suku Tanah Datar
(10.) Suku Tiga Batu
(11.) Suku Anak Aceh
(12.) Suku Anak Melaka

Yang last ni bukannye darjat taraf hamba.. tapi die ni macam keturunan yang paling lambat wujud kat N9. Unit tekecil bagi sistem masyarakat adalah 'perut'.. gabungan 'perut' akan membentuk suku. Suku2@'perut' ni akan memilih Buapak pastu Buapak melantik Lembaga. Lembaga memilih Undang dan Undang melantik Yang Dipertuan Besar. Untuk menjadi Undang bagi luak.. Kualifikasi(hahahahaha) atau ciri2 yang wajib adalah bersuku Biduanda dan beragama Islam dan bukan semua Undang ade kuase untuk memilih Yang Dipertuan Besar. Yang ade kuase cume Undang luak Sungai Ujong,Jelebu, Johol ngan Rembau... Undang xleh pilih diri sendiri n bakal Yang Dipertuan Besar mestilah Islam,lelaki dan sah keturunan tunggal Raja Radin ibni Raja Lenggang


Habis da pasal susur galur nih. Ape yang pepatih sangat pasal "9 State" ni?? Sebenarnya asal penubuhan Negeri Sembilan adalah oleh Dato’ Pepatih Nan Sebatang. Beliau juga merupakan pengasas bagi adat pepatih ni(kan same name dia tu). Seperti yang korang tau(atau xtau), adat pepatih lebih mementingkan kaum wanita daripada lelaki.(T______T) Seronoknye orang perempuan... Rasulullah S.A.W pernah berpesan supaya kite memelihara maruah peerempuan dan melindungi mereka.. Haaa... kan macam selari tu kan... Keutamaan wanita di dalam adat pepatih sebenarnya lebih kepada mewarisi harta pusaka dan membawa darah keturunan. Bagi setiap penduduk di Negeri Sembilan. Suku anda ditentukan berdasarkan suku ape mak anda.. Bagi yang xtau pegi tepon mak korang..Xkan laa aku nak teponkan. Kalau ikot kesultanan Melayu yang lain, harta dan darah keturunan di warisi oleh kaum lelaki.Kalau difikirkan logik adat pepatih, wanita yang mengandungkan dan melahirkan anak maka wanitalah yang membawa darah keturunan kepada pewaris iaitu anaknya. Kalau kite mati pun kite di'bin'@'binti'kan dengan nama mak kan??  Harta pusaka pulak... pusaka yea... bukan puaka.. iaitu tanah dan rumah induk(utama) diwarisi oleh wanita...Kenapa? Untuk memelihara kepentingan wanita..Bayangkan kalau diceraikan suami... Terabai x?? tapi kalau ade tanah n rumah... Atleast gagah la lagi nak berjuang demi anak2 n kehidupan akan datang... Tapi kalau da sume harte gi kat pompuan.. yang laki pon bleh berubah suku... Jadi 3 suku t... Maka harta sepencarian@harta yang dikumpul selama mana bersama masih akan dibahagikan mengikut hak masing2 dan mengikut undang2 Islam. Itulah pepatihnye N9 ni.. Adat bagi kesulatanan melayu lain sume pakai Adat Temenggong. Negeri 9 je len skit. Yang bagusnya pasal pepatih ni harta pusaka tidak bertukar tangan@ dijual sebab tanah tu dah memang dibahagikan kepada setiap keturunan. Oleh kerana tanah akan jatuh ke tangan wanita maka mmg xlari r dari keturunan... Tapi tu dulu bro..Skang ni tanah da bersepah2 kat tangan org len. Perkahwinan pulak xboleh sesama suku.. Sebab ape lagi korang tanye? Kebiasaannya dalam satu kampung@suku tinggal bersaudara... sepupu,sepapat... Mmg la dalam Islam dibolehkan sebagaiman ayat 24 surah al-Nisa’ yang bermaksud:
“Dan (sebaliknya) dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu…” 
Ada juga firmanNya dalam surah al-Ahzab ayat 50 yang bermaksud:
“…dan (Kami telah halalkan bagimu berkahwin dengan sepupu-sepupumu, iaitu): anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah bapa) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah bapa), dan anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah ibu) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah ibu) yang telah berhijrah bersama-sama denganmu…”..

tapi ini bertujuan untuuk mengembangkan saudara dan menyahut seruan Rasulullah S.A.W yang menggalakkan perkahwinan dengan bukan saudara.Dengan mengahwini orang yang bukan sepupu maka kekeluargaan menjadi semakin berkembang dari kerana dua keluarga yang asalnya tiada pertalian jadi wujudnya  pertalian dengan sebab kahwin tersebut. Saya pun jahil maka jika terilap kata atau tersilap fakta maka mintak diberitunjuk ajar. Kalau nak cerita yang menarik pasal asal usul adat pepatih bleh la gi kat sini..

Raja beralam
Penghulu berluak
Lembaga berlingkungan
Buapak beranak buah
Anak buah duduk bersuku-suku
Berapa sukunya?
Dua Belas!



Terime kasih kerana sudi membaca...
Sumber-sumber : http://www.jejakkeluarga.dkays.com/adat_perpatih.htm,http://skypin.tripod.com/rencana/renc83.html,http://n9.my/blog/sejarah-negeri-sembilan_6.html.

Kalau suke boleh tekan suke... kalau nak kongsi boleh tekan kongsi... =)

6 comments:

Myaby said...

idop nogori!

h/p - Saya Fobia Dengan dot dot dot

Tuan Din said...

Perghh banyak ngko tau...
ngko pangkat apa?
buapak? or buayaa?
hehhee

En.Perghh said...

hahaha... kalau nak letak buapak tu cam muda lagi.. saye amek buaye laaa... hahaha...

AdRey said...

wan aku suku tiga nenek..aku bru taw..bapak aku bru ceta haha..cis

AdRey said...

wan aku suku tiga nenek..aku bru taw..bapak aku bru ceta haha..cis

En.Perghh said...

aku kekumbuh pahang... ataupun name lain dia paya kumbuh... ko jangan cakap aku org paya lak... aku sekeh ko t...

Sila rate post ini!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...