Friday, December 17, 2010

Sementara Boleh

"Ahahahaha...Akak ni!!" terdengar gelak ketawa Adib bila diusik akaknya... Seronok bermain petang2 begini.. Rutin hariannya mmg xbanyak beza... Paginya pergi ke sekolah.. Balik dari sekolah terus pergi mengaji.. Lepas mengaji terus bermain.. Kadang2 xsempat ditukar bajunya.. Itu yang selalu membangkitkan kemarahan ibunya.. Selalu ditegur.. Sesekali dirotan manja untuk mengajar.. Adat budak2.. Mereka nakal... Tetapi kadang2 perlu diajar.. Diherdik... Supaya tidak terlalu manja dan pijak kepala.. Begitu lah didikan orang2 tua zaman dahulu.. Sayang anak ditangan kan.. Petang itu tak ada bezanya dari petang-petang sebelumnya.. Tersenyum Puan Salmah melihat gelagat anak-anaknya... senang hati melihat mereka boleh bermain bersama.. Semuanya menunggu kepulangan ketua rumah.. Pak Samad..

Vrooom.... terdengar ngauman kereta Mazda 303 milik Pak Samad.. "yeayea... Abah balik..." jerit riang Adib dan kakaknya yang terus berlari ke muka pintu sambil tersenyum lebar...Hilang senyuman di wajah comel mereka  dan hajat mereka untuk memeluk Ayah mereka yang tersayang tak kesampaian apabila muka Pak Samad merah padam.. Matanya jelas menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena.. Lagak seperti mahu mengamuk melepaskan marah.. Dijeling mata anak-anaknya sambil bersuara... "Mana buku sekolah korang hah!! Korang ni main je tau!!"... "Pergi ambik buku sekolah kesini!! Abah nak tengok korang buat keje ke tak.." Arahan Pak Samad terus ditunaikan unutk mengelakkan dari perkara yang tak diingini berlaku.. Adib membawa beg sekolahnya... "CEPAT!!!" tengking Pak Samad kepada anaknya itu.. Puan Salmah tau ada perkara yang tidak kena... tetapi hanya mampu melihat tak bersuara..

Setiap muka surat buku sekolah Adib dan kakanya ditatap..Ditenung.. Ada ruangan kosong di buku Adib.. "Ni ape yang ko buat ni??? Apsal xbuat kerja cikgu bagi ni!! Pemalas!!" Amarah Pak Samad dah sampai ke kemuncak..."Kau tunggu sini!! Biar abah ajar!! Duduk!!" Herdik Pak Samad membuatkan Adib kaku.. Pak Samad bangun smbil tangannya ligat membuka talipinggang kulit yang melilit pinggangnya.. Adib masih kaku walaupun dapat membayangkan nasibnya... Pak Samad selalu marah-marah tetapi harini tidak seperti selalu...Zaaapppp!!! Tali pinggang hitam itu singgah dibahu kanan tubuh kecil itu. "Auuu.." keluh Adib.."Pemalas!!Ape nak jadik dengan ko ni hah!!" Umpama tiada lagi perasaan kasihan Pak Samad terus melibas bbadan Adib... Kali ini libasan itu hinggap di lengan.."Abaaahhhh!!!! Ampuuunnn abah.. Adib janji Adib xbuat lagi.... Abaahhh!!!" rintih anak kecil itu berulang kali... Air mata bercucuran... Kakak dan Puan Salmah terdiam... Hanya tangisan mengiringi tindakan Pak Samad... "Haaa!!! Nak jadi pemalas sangat.. ni abah aja macam mana nak jadi elok!!".. Adib lemah terbaring... Hanya sendu dan sebutan ampun bermain dibibir..."Abah... Adib mintak maaf... tolong jangan buat Adib macam ni.. tolong abah... tolong mak... Sakit ni abah" Tersekat-sekat suara Adib meminta simpati... Belakang bajunya penuh kesan hitam bercampur merah..Kesan talipinggang dan darah bersatu.. Lengannya penuh kesan lebam.. Adib lesu.. Hanya tangis yg kedengaran... Puan Salmah tak lagi dapat bersabar melihat keadaan anaknya itu.. Dipeluknya lengan Pak Samad.. "Abang... Kenapa ni... Nak bunuh anak ke??!!" Soal Puan Salmah berulangkali berselang tangis sendu. Hati ibu mana yang tak remuk melihat anak longlai dihambat seperti haiwan.. Puan Salmah tekad untuk tidak melepaskan tangan suaminya itu..

Praapp.. Adib merenung Pak Samad. Tetapi kali ini hatinya lega. Tali pinggang telah dilepaskan. perlahan-lahan diensot badannya untuk melarikan diri. Sakit tak lagi dihiraukan. Asalkan dirinya dapat lari. Pak Samad tak lagi kelihatan diruang tamu. Hilang kelibatnya dibalik langsir bilik tidur. Puan Salmah perlahan-lahan memeluk Adib.." Sayang.. Maafkan abah ye sayang.. Nanti mak cakap dengan abah ye sayang." pujuk Puan Salmah sambil mengesat air mata Adib. Air mata nya dibiar jatuh kepipi. Jauh di sudut hati anak kecil itu menyimpan dendam dan marah. Kenapa abah layan Adib macam ni??? Abah dah tak sayang Adib ke?? Abah dah taknak Adib ke? Kenapa abahh? soalan yang diiringi tangisan tatkala badannya yang longlai diangkat Puan Salmah. Dibaringkan sayangnya itu di atas katil dibilik kecil milik Adib. Hatinya risau dan marah dengan perbuatan suaminya. Nekad hatinya untuk menegur perbuatan suaminya itu. "Adib tidur dulu ye.. " diusap kepala anak lelakinya itu. Kakak masih diam membisu di ruang tamu. Terlalu terkejut dengan apa yang berlaku. Pantas langkah Puan Salmah masuk ke bilik utama.

"Abang.. Abang kenapa? Tak sayang anak ke? Abang xpatut buat Adib macam tu.." Puan Salmah menegur tetapi berhemah. Teguran lembut isterinya itu menusuk kalbunya. Hati Pak Samad menangis. menyesal. Masalah pejabat telah menyebabkan dia hilang pertimbangan. "Ya Allah.. Ape aku dah buat ni.."sesal Pak Samad.. Waktu maghrib yang selalunya dilakukan berjemaah tidak dilakukan hari itu.. Adib masih lembik. Hati Pak Samad meronta-ronta untuk pergi melihat keadaan Adib. Puan Salmah yang seolah-olah mengerti isi hatinya menghulurkan minyak gamat.. Lantas disambut dan langkah sayu diatur untuk ke bilik Adib.. Lampu dibiarkan tidak terpasang untuk tidak mengejutkan Adib.. Tatkala terpandang Adib yang tidur meniarap kerana pedih yang tak tertahan. Air mata Pak Samad tak lagi dapat ditahan. perlahan langkah diatur. terduduk Pak Samad apabila terasa garisan2 dibelakang badan Adib. Kejam sungguh dirasakan. "Adibb.. Aa.. Adibb" trsekat-sekat suara Pak Samad memanggil anaknya.." Abah mintak maaf... Abah mintak maaf.." laju air matanya mengalir sewaktu minyak gamat disapukan pada luka2 di bdan Adib.. Adib yang tak dapat tidur dari tadi menahan diri dari menangis tersedu.. Rintih abah yang meminta maaf lantas menyejukkan hatinya.. Sisa2 dendam padam.. Sisa2 marah hilang.. Adib ingin memeluk ayahnya ketika itu. tetapi hasrat hati ditahan tak tahu kenapa.. "Adib.. Abah betul2 mintak maaf.. Abah janji tak buat Adib macam tu lagi" Pak Samad mencium dahi anaknya sebelum berlalu meninggalkan Adib.. Sebak hatinya masih belum pulih.. Begitu juga hati Adib bila mendengar rintihan ayah yang disayangi..

"Adib.." teguran itu menyentap lamunan Adib... "Jom ke masjid." ajak adiknya, Jali. Air mata dikesat laju supaya adiknya tak perasan.. Takbir raya itu mengingatkan Adib kepada peristiwa-peristiwa silam... Terkenang arwah ayah yang telah lama meninggalkan mereka sekeluarga. "Abah... Adib nak abah sentiasa tahu yang Adib tak pernah marahkan abah. Adib sayangkan abah. Adib akan sentiasa sayangkan abah." Adib bermonolog sendiri.. Sayu hatinya bila mengenangkan abahnya yang telah pergi.. Mungkin ayah nampak kasar, tapi Adib tahu yang abahnya tidak pernah membenci..sekadar untuk mengajar. mungkin sesekali terlebih bicara dan cara.. Tapi kita manusia.. Tak pernah lari dari kesilapan. Walaupun dah 12 tahun abah yang dikasihi meninggal dunia.. tapi masih segar ingatannya kepada abah. Sesegar rasa cinta dan kasih kepada abah. Hanya tangan dapat ditadah untuk kesejahteraannya disana.. Tiada lagi peluk cium untuk abah. Kalaulah dapat dizahirkan betapa inginya hati ini melihat dan memeluk abah kembali. Pasti menangis seluruh isi alam. Tangisi nasib anak muda ini..

p.s: moral of the story.. sayangi selagi boleh.. jangan simpan dalam hati.. suatu hari nanti anda akan bersyukur kerana dianugerahkan bapa sebegitu.. Tak terbanding pengorbanan ayah dengan kesilapan kecil seorang manusia. Teruskan menyayangi dan mencintai keluargamu. :)
nama-nama diatas tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.

3 comments:

Onelove...Jambu merah warna said...

semoga hari yang mendung akan memancarkan surianya...

Gadish Lollipop said...

seriusly masa farah bce td , farah nangis dpn com . . thnx 4 this entry . sngt brgune
:)

En.Perghh said...

sama2..Boleh share kalau suke.. :)

Sila rate post ini!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...